| PANDUAN KEMASUKAN SEMESTER 1, SESI
2007/2008 |
| |
 |
|
PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN |
| |
|
 |
Syarat Kemasukan & Penerimaan Tawaran
(Kertas PT1) |
| |
|
|
Jika anda menerima tawaran dengan
syarat-syarat kemasukan seperti dalam Kertas PT1,
sila bawa dan serahkan borang berikut yang telah
lengkap diisi ke kaunter Seksyen Kemasukan dan Rekod
(SKR) semasa sesi penyerahan dokumen pada hari Isnin
30 2008: |
| |
|
|
| |
|
|
- Satu salinan Kertas PT1.
- Borang SKR 38/99 (Borang Maklumat Peribadi/Borang
Kemasukan ke Peringkat Ijazah Pertama).
- Salinan sijil-sijil akademik berikut yang telah
disahkan benar.
| • |
Sijil Pelajaran Malaysia/Malaysia
Certificate of Education/Sijil
yang setaraf dengannya. |
| • |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil
Tinggi Agama
Malaysia/ keputusan akhir Pusat Asasi
Sains/Matrikulasi/Asasi UiTM/ Kenyataan
rasmi keputusan
yang dikeluarkan Majlis Peperiksaan Malaysia
atau sijil asal
yang setaraf dengannya. |
| • |
Transkrip akhir bagi calon berkelayakan
diploma/setaraf (jika
berkaitan) |
| • |
Keputusan Peperiksaan Malaysian University
English Test
(MUET) |
- Borang Kad Matrik Sementara (Kad KMS).
- Borang Maklumat untuk Kad Matrik.
- Borang Kebenaran Mengambil Cap Jari Pelajar.
|
| |
|
|
|
 |
Melapor Diri di Universiti
Malaya |
|
|
Anda dikehendaki melapor diri di kolej kediaman
seperti yang dinyatakan mulai jam 9.00 pagi hingga
1.00 tengah hari, hari Ahad 29 Jun 2008. |
|
|
Bagi pelajar yang tidak diberitahu tentang Kolej
Kediamannya, sila lapor diri di Sekretariat Penginapan
bertempat di Foyer Auditorium, Kompleks Perdana Siswa. |
|
|
|
|
 |
Bayaran
Haluansiswa dan Premium Insuran Tahunan |
| |
|
|
| (a) |
Jumlah bayaran haluansiswa dan Premium
Insuran Tahunan adalah sebanyak RM 281.00.
Anda boleh membuat pembayaran mengikut kaedah-kaedah
berikut:
| (i) |
Pembayaran di kaunter Bank Islam (M)
Berhad di mana-mana cawangan Malaysia. |
| (ii) |
Pembayaran secara internet/online dengan
melayari laman web Bank Islam (M) Berhad
di alamat wwww.bankislam.biz
atau Bank CIMB di alamat www.cimbclicks.com.my |
|
| (b) |
Pembayaran perlu dibuat sebelum hari pendaftaran
dan salinan slip bayaran perlu diserahkan di
kaunter Bendahari (Bahagian Akaun Pelajar) semasa
sesi penyerahan dokumen pada hari Isnin,
30 Jun 2008. |
|
| |
|
|
|
 |
Yuran Pengajian & Bayaran Pelbagai
|
| |
|
|
Anda dikehendaki
membayar Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai bagi
satu semester sebelum menyempurnakan urusan pendaftaran
kursus.
Mereka yang tidak dapat menjelaskan
yuran dan bayaran sepenuhnya, sila berurusan di
Bahagian Akaun Pelajar, Pejabat Bendahari untuk
pertimbangan sewajarnya. |
| |
|
|
|
 |
Laporan Pemeriksaan Kesihatan
dan Filem X-ray |
| |
|
|
a) Sekiranya anda
menerima tawaran kemasukan ini, sila berjumpa doktor
perubatan kerajaan/doktor perubatan swasta yang
berdaftar untuk pemeriksaan kesihatan dan membuat
X-ray (bahagian dada) dengan segera.
b) Isi dan kembalikan perkara berikut
di kaunter Klinik Kesihatan Pelajar.
- Borang PD1 (Laporan Pemeriksaan
Kesihatan) yang telah lengkap diisi hendaklah
ditandatangani oleh anda dan doktor perubatan
yang memeriksa anda. Sila dapatkan perakuan kebenaran
bius (anaesthesia) dan pembedahan daripada Ibu/Bapa/Penjaga
anda dengan menandatangani borang berkenaan.
- Filem X-ray (bahagian dada) bersama
dengan Laporan Radiologis berkelayakan.
- Borang PD 2 (Borang Pengesahan
Penerimaan Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan Filem
X-ray).
c) Pastikan anda menulis nama dan program pengajian
yang ditawarkan pada sampul surat yang mengandungi
dokumen 5 (b) (i), (ii) dan (iii) di atas sebelum
menyerahkannya di kaunter Klinik Kesihatan Pelajar
pada tarikh tersebut.
Peringatan:
Pelajar yang gagal menyerahkan
Borang PD1 (Laporan Pemeriksaan
Kesihatan dan Filem X-ray) tidak layak mendapat
perkhidmatan perubatan di Klinik Kesihatan Pelajar,
Universiti Malaya. |
| |
|
|
 |
|
HALUANSISWA |
| |
 |
Anda dikehendaki mengikuti semua program
Haluansiswa yang telah diatur dan diwajibkan tinggal
di Kolej Kediaman seperti yang dinyatakan dalam surat
tawaran kemasukan. |
| |
 |
Tempoh minggu Haluansiswa bagi sesi
2008/2009 bermula pada 29 Jun 2008 hingga
5 Julai 2008. |
| |
|
Setiap pelajar baru diwajibkan menjalani
Lafaz Aku Janji pada hari Selasa, 1 Julai
2008. |
| |
|
|
 |
|
PENDAFTARAN KURSUS |
| |
|
|
|
 |
Pelajar baru dalam
Sistem Semester dibenarkan mendaftar kursus bagi
jumlah maksimum 16 jam kredit. Pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan
serta Program Ijazah Sarjana Muda Pergigian dikecualikan
daripada syarat ini. Bagi tujuan pendaftaran kursus,
pelajar perlu:
| 1. |
Memahami dengan jelas prosedur
dan kaedah pendaftaran sepertimana yang diterangkan
semasa taklimat di Akademi/Fakulti/Pusat. |
| 2. |
Membuka akaun email pelajar yang dikenali
sebagai akaun perdana mail.
Sila lawati laman web http://perdana.um.edu.my
dan klik pada New Account Sign Up. Masukkan
nombor kad pengenalan dan nombor matrik pelajar.
Sila ubah username dan password mengikut arahan
yang dinyatakan pada skrin. |
| 3. |
Menyemak tarikh pendaftaran kursus di Akademi/Fakulti/Pusat
dalam Buku Aturcara Haluansiswa. |
| 4. |
Mendaftar/menyemak pendaftaran kursus dengan
teliti. |
| 5. |
Membuat pengesahan pendaftaran secara online. |
| 6. |
Menyerahkan semua dokumen seperti yang
dinyatakan di bawah ke Akademi/Fakulti/Pusat
untuk semakan:
| a. |
Surat Tawaran Kemasukan. |
| b. |
Kad Pengenalan. |
| c. |
Sijil Pelajaran Malaysia/Malaysia Certificate
of Education/Sijil yang setaraf dengannya. |
| d. |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/
Sijil Tinggi Agama Malaysia/ keputusan
akhir Pusat Asasi Sains/ Matrikulasi/Asasi
UiTM/ Kenyataan rasmi keputusan yang dikeluarkan
Majlis Peperiksaan Malaysia atau sijil
asal yang setaraf dengannya. |
| e. |
Transkrip akhir bagi calon berkelayakan
diploma/setaraf (jika berkaitan) |
| f. |
Keputusan peperiksaan ‘Malaysian
University English Test’ (MUET). |
|
|
| |
|
|
 |
|
PENOLAKAN TAWARAN KEMASUKAN
|
|
|
|
|
 |
Jika anda menolak
tawaran kemasukan ini, sila isi dan kembalikan dengan
SEGERA Kad PTX kepada Ketua Penolong
Pendaftar Kanan, Seksyen Kemasukan dan Rekod, Universiti
Malaya, 50603 Kuala Lumpur. |
| |
|
|
 |
|
TARIKH TUTUP TAWARAN KEMASUKAN |
|
|
|
|
 |
Anda perlu mengesahkan penerimaan
dan melapor diri di Seksyen Kemasukan, Rekod &
Pelaksanaan Dasar selewat-lewatnya pada 20 Julai
2007. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan
tawaran kemasukan ini terbatal dengan sendirinya. |
|
|
|
 |
|
MAKLUMAT AM |
|
|
|
|
 |
Akaun Bank Semua
pelajar dikehendaki mempunyai akaun bank sama ada
akaun simpanan/semasa di Bank Islam (M) Berhad (BIMB).
Ini kerana semua pembayaran wang biasiswa/pinjaman
atau pemulangan wang oleh Universiti akan dibuat
melalui akaun bank tersebut. Pembukaan akaun bank
boleh dibuat di mana-mana cawangan BIMB atau semasa
anda berada di kampus. |
| |
|
|
|
 |
Menarik Diri Dari Universiti
Pelajar yang ingin menarik diri
daripada mengikuti program pengajian MESTI
memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Penolong
Pendaftar Kanan, Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR)
dengan serta merta. |
| |
|
|
|
 |
Gambar Pelajar
dikehendaki membawa 16 keping gambar warna
ukuran paspot untuk tujuan pendaftaran Kolej Kediaman
dan Akademi/Fakulti/Pusat. |
| |
|
|
| |
 |
Kemudahan Bas |
| |
|
(a) Hentian Bas Pudu Raya, Kuala Lumpur. |
| |
|
(b) Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur. |
| |
|
(c) Hentian Bas Putra, Kuala Lumpur. |
| |
|
(d) Hentian Stesen Keretapi (KL Sentral), Kuala
Lumpur. |
| |
|
(e) Hentian Bas Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala
Lumpur. |